Rss Feed

Me and Shaklee

Me and Shaklee
Love me...Love Shaklee
  1. Kencing Manis???!!

    Monday, 29 May 2017


    Kalau sebelum ni akak share pasal Breast Cancer, hari ni akak nak share pasal kencing manis pulak. Kencing manis ni macam dah biasa sangat dah kita dengar kan? Ada je di kalangan orang-orang yang kita kenal ada penyakit ni. Ibu dan mak mertua akak salah dua orang yang akak kenal yang ada kencing manis.
    Sebelum akak cerita panjang lebar pasal kencing manis ni, jom kita berkenalan dengan “si kencing manis ni dulu. Orang kata tak kenal maka tak cinta…tapi kalo ngan si kencing manis ni…akak memang nak kenal…tapi akak tanak bercinta. Nauzubillahiminzalik…mintak dijauhkan…

    Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.





    Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

    JENIS-JENIS KENCING MANIS

    Secara umumnya, penyakit kencing manis boleh dibahagikan kepada :
    1. Kencing manis jenis 1 (Diabetes Type 1) – Insulin Dependent Diabetes Mellitus (bergantung kepada insulin) yang biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Badan pesakit kencing manis jenis 1 biasanya tidak dapat menghasilkan sendiri insulin hingga menyebabkan pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
    2. Kencing manis jenis 2 (Diabetes Type 2) – Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung pada insulin). Kencing manis jenis ini yang paling biasa ditemui. Dikatakan lebih 90% daripada penghidapnya adalah daipada jenis 2. Kencing manis Jenis 2 ini biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kebiasaannya sel – sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan oleh badan tidak mencukupi
    3. Kencing manis Gestasi ialah kencing manis yang dialami oleh wanita diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.


    Ada orang yang beranggapan dengan mengatakan bahawa kencing manis jenis 2 adalah kurang serius berbanding jenis 1, mungkin kerana pesakit jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya, kedua-dua jenis ini adalah serius jika tidak diurus dengan baik.


    Kencing manis dicirikan oleh gula darah tinggi berulang atau berterusan, dan didiagnosis dengan menunjukkan mana-mana satu daripada yang berikut:
    • Tahap plasma glukosa puasa ≥ 7.0 mmol/l (126 mg/dl)
    • Glukosa plasma ≥ 11.1 mmol/l (200 mg/dl) dua jam selepas 75 g beban glukosa lisan dalam ujian toleransi glukosa
    • Gejala gula darah tinggi dan glukosa plasma kasual ≥ 11.1 mmol/l (200 mg/dl)
    • Hemoglobin berglukosa (HbA1C) ≥ 48 mmol/mol (≥ 6.5 DCCT %)

      
    Tadi akak ada sebut pasal insulin kan? Apa sebenarnya insulin? Insulin merupakan sejenis hormon jenis polipeptida yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Sel yang menghasilkan hormon insulin dalam kelenjar pankreas dikenali sebagai sel beta, iaitu sejenis sel yang terdapat dalam kelompokan sel yang digelar pepulau (islet of) Langerhans dalam pankreas.

    Fungsi utama insulin ialah pengawalan keseimbangan tahap glukosa dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan. Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin, atau jumlah insulin yang tidak mencukupi akan menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam dan digunakan oleh sel-sel badan .Dengan demikian glukos meningkat di dalam darah menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis.

    GOLONGAN BERISIKO TINGGI
    Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan berisiko lebih tinggi adalah :-
    • Mereka yang mempunyai keturunan yang menghidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
    • Mereka yang berat badan agak tinggi
    • Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
    • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.


    10 TANDA – TANDA UMUM PENYAKIT KENCING MANIS




    1. Paras gula darah tinggi

    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah adalah dengan dibuat ujian oleh doctor anda. Selepas ada makan sesuatu, tahap gula dalam darah ajan meningkat secara semulajadi sebenarnya. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

    2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

    Kerap ke bilik air pada waktu malam dan diikuti dengan rasa dahaga yang berlebihan boleh menjadi tanda-tanda seseorang itu menghidap kencing manis. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan. Ini akan memaksa anda untuk membuang air kecil, kadang – kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ini akanmembuat anda merasa lebih dahaga.
    Ini adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang  berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang,

    3. Hilang berat badan secara tiba-tiba

    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, sekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira.. (sape tak gembira kan kalo dah kurus sikit????) tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat tau!
    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekalkan glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.


    4. Sentiasa rasa lapar
    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan sepert biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan tubuh sebagai rasa lapar

    5. Luka lambat sembuh
    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan untuk sampai ke anggota-anggota badan.

    6. Keletihan dan cepat marah
    Usaha tambahan badan untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuatkan anda letih. Kerap bangun tidur untuk pergi ke bilik air akan membuatkan anda letih kerana ia mengganggu masa tidur anda. Sememangnya letih sepanjang masa akan membuat sesiapa pon cepat marah kan?

    7. Terdedah kepada jangkitan kulat
    Wanita khususnya perlu lebih berhati-hati terhadap jangkitan yis (candida) pada faraj. Kencing manis melemahkan system imunisasi, ini bermakna anda mudah untuk mendapat pelbagai jangkitan.

    8. Penglihatan kabur
    Apabila glukosa dalam darah tinggi, ia akan mengubah bentuk kanta dan mata. Ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Walaubagaimanapun, ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal ataupun hamper normal. Gula dalam darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang akan menyebabkan kerosakan kekal dan mungkin juga buta.

    9. Kebas pada tangan dan kaki
    Kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki, ini adalah tanda-tada bahawa saraf telah dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula dalam darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

    10. Kulit merengsa
    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher ataupun bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

    Kenapa golongan pesakit kencing manis disarankan mengambil vivix shaklee?




    Dengan pengambilan Vivix, insulin yang normal akan dibantu untuk dibawa masuk ke dalam otot yang sekaligus mengurangkan gula dalam darah.

    Penyerapan glukosa pun meningkat dengan cara berbeza dari insulin,jadinya vivix dapat membantu mengurangkan gula dalam darah kita.

    Pengambilan glukosa oleh hati turut meningkat, diikuti tisu lemak dan otot-otot yang akhirnya mengurangkan lagi kandungan gula dalam darah.

    Secara tidak langsung akan mengurangkan halangan terhadap insulin.


    VIVIX adalah tonik ajaib Shaklee

    Kenapa ada statement macam ni ye? Dalam Vivix ada ramuan yang dipanggil resveratrol. Resveratrol adalah polifenol yang didapati terutamanya dalam kulit anggur merah (muscadine) dengan ciri antioksidan yang diketahui dan sifat-sifat antikeradangan. Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel. Wow!! Macam best je kan?

    Vivix ni yang bagusnya ialah dia boleh betulkan semula pancreas, iaitu organ yang terpenting untuk menghasilkan insulin semulajadi dalam badan kita. So bila pancreas dah dibetulkan, dah jadi baru semula..tak ke kita boleh kata kencing manis di boleh di REVERSE kan oleh vivix?? Sebab orang yang ambil vivix, boleh reverse balik kencing manis dia , sebab pancreas dia dah sembuh. Alhamdulillah…

    Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?

    Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:

    Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”) 

    Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

    Mengawal kepekatan gula dalam darah

    Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.


    Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

    Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.


    Mencegah pembentukan protein AGE

    Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

    πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«
    Testimoni berjaya... πŸ‘€









    DISCLAIMER: Vivix bukanlah ubat yang boleh merawat dan menyembuhkan penyakit. Vivix adalah makanan tambahan untuk membantu kesihatan anda. Segala kekuasaan yang menyembuhkan adalah dengan Izin Allah. Keputusan testimoni juga adalah berbeza-beza mengikut setiap individu.

    πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“
    πŸ‘πŸ‘PROMOSI...PROMOSI!!! πŸ‘πŸ‘

    1 botol Vivix = RM 503.00

    Tapi kalau beli 2 botol vivix, dapat diskaun 20%...bersamaan hampir RM200 jugak diskaunnya tu. Lagi jimat tau..berbaloi - baloi!! Dah la dapat murah, dapat free membership lagi. Isk...gila berbaloi lah! 



    Apa kelebihan jadi ahli nih?? Jom lah jadi ahli..


    πŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺ

    WHY ME???
    Akak adalah seorang pengedar Shaklee yang lebih mementingkan kesihatan anda semua. Hubungi akak agar akak boleh bantu anda dan keluarga untuk hidup lebih sihat. Akak juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda.



    PENGHANTARAN
    Penghantaran melalui pos adalah ke seluruh Malaysia. COD juga disediakan di kawasan sekitar Sungai Buloh dan Shah Alam.



    PEMBAYARAN
    Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB, Maybank, Bank Islam. Boleh call / mesej / whatsapp / PM / DM akak untuk order. Ikutlah celah mana pon janji order dapat dibuat...barang boleh sampai kan?

    Ayu Salim (ID : 1251242)
    SMS / Whatsapp : 016-2256183
    FB page : facebook.com/ShakleeAyu
    Instagram : @jasliayu


    Rujukan :