Rss Feed

Me and Shaklee

Me and Shaklee
Love me...Love Shaklee
    Showing posts with label Sharing is Caring :). Show all posts
    Showing posts with label Sharing is Caring :). Show all posts
  1. Omega Guard Shaklee Yang Awesome

    Sunday, 20 August 2017

    Dah hampir 3 bulan saya menjadi pengguna setia minyak ikan yang TERBAIK..yang paling TINGGI kandungan DHA nya... as known as OMEGA GUARD daripada Shaklee. Dulunya dikenali juga sebagai EPA. So far saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya dapat daripada kebaikan omega. Mana tak puas hati kan...minyak ikan ni adalah yang terbaik di pasaran. Tu diakui oleh para doktor dan farmaseutikal di Malaysia ni tau 😎😎 best ke best???

    Omega guard shaklee ni adalah supplement yang mengandungi omega 3 iaitu asid lemak poli tak tepu. Di mana ianya adalah asid lemak penting (essential fatty acid) yang badan tak boleh hasilkan sendiri.

    Hari ni baru saya tau yang minyak ikan omega guard ni diperolehi daripada badan ikan laut dalam..di perairan yang sejuk..yang bebas daripada pencemaran...iaitu di perairan di Jepun.1 softgel omega guard adalah bersamaan 100% semua jenis omega 3 yang diperlukan badan. Badan ikan je yg digunapakai...hati ikan tu tak digunakan tau. Kenapa tak gunakan hati??? Haa...kat hati la sebenarnya terkandung banyak toksin. Jangan tak tau ye. Lepas tu pulak, shaklee hanya gunakan ikan yang kecil. Sebab apa tak guna ikan besar??? Kemungkinan untuk ikan besar tu termakan logam berat yang bahaya tu tinggi. That's why shaklee hanya gunakan ikan kecil je.0

    Saintis shaklee ni bijak-bijak belaka. Kalo tak bijak...tak jadi saintis pulak kan?? Heheh 🤣🤣🤣 saintis shaklee buat pemerhatian terhadap polar bear dan juga orang2 eskimo..yg berbadan besar TAPI takde langsung masalah jantung. Selepas dikaji..rupanya kedua golongan ni makan ikan yang mengandungi omega 3. Sebab tu langsung tak de masalah jantung.

    Apa lagi ye kelebihan kalau kita amik minyak ikan omega 3 ni??

    💗 sebab utama saya ambil omega : boleh menyingkirkan lemak visceral. Lemak yang berada di sekitar organ badan.
    💗 omega 3 mengandungi laktin - boleh mengawal selera makan
    💗 otak dapat berfungsi dengan baik - ibu yang mengandung dan yang menyusukan anak SANGAT bagus mengambil omega3 sebab tinggi kandungan DHA nya. DHA diperlukan untuk pembinaan otak
    💗 hormon akan stabil
    💗 mencantikkan prostaglandin
    💗 meningkatkan sistem imun - saya picitkan 1 softgel dalam mulut anak. Kurang dah selsema dan batuk..
    💗 untuk kesihatan paru-paru. Boleh mengelakkan asma. So far...saya dah jarang kene athma attack..sebab omega rupanya...🤔🤔
    💗 elok untuk sakit lutut dan sakit tumit. Ni pon sebab kenapa saya amik omega...

    Maybe ada orang akan cakap...eleh, kat pasaran pon banyak dijual minyak ikan. Semua orang pon akan claim produk dorang adalah yang terbaik. Haaaa...ni lah masanya untuk kita buat test. Sape2 yang ada keraguan, adalah diminta sangat untuk buat test ni. Boleh menjawab persoalan mana satu minyak ikan yang terbaik...

    1 sudu minyak ikan omega guard, 1 sudu minyak ikan jenama lain..dua-dua ni dimasukkan ke dalam freezer. Minyak ikan jenama lain akan membeku keseluruhannya. Itu bermaksud yang ia mengandungi banyak minyak. Minyak hanyalah sebagai pembawa ( medium yang bawa DHA dan EPA). Minyak omega guard akan beku di bahagian atas sahaja. Bahagian bawah nya tidak membeku langsung dan di bahagian bawah ni adalah DHA.

    Walaupun shaklee dah menggunakan ikan perairan laut dalam..diperairan yang terpencil (untuk menjamin kebersihan dan bebas daripada bahan radioaktif dan logam berat), shaklee tetap melakukan 3 proses molecular distillation. Untuk memastikan bahagian ikan yang digunakam adalah bebas daripada bahan tercemar.

    Berita baik!! 📣📣📣
    1. Jika diambil VIVIX + OMEGA, boleh meningkatkan metabolisme badan dan akan menyebabkan badan berpeluh walaupun dalam keadaan sejuk.
    2. Kalau pengambilan omega 3 dan omega 6 adalah seimbang, boleh mengelakkan kolestrol daripada melekat di salur darah

    Precaution ⛔⛔⛔
    Bagi orang yang ada low blood pressure, yang baru lepas operation TIDAK BOLEH mengambil omega guard ni..disebabkan oleh sifat thinning yang dia ada.

    Nak dapatkan info lain berkenaan omega?? Check it out kat fb saya..

    Sempena bulan Merdeka ni...Shaklee ada buat promo tau. Beli 5 botol omega, anda bole dapat e-voucher sebanyak Rm60. E-voucher ni bole digunakan dalam next purchase...jom la rebut peluang ni selagi masih ada masa ni. X lama dah nak merdeka ni.

    Best kan omega ni?? Jom dapatkan 1 untuk anda dan keluarga

    #BuildByMe
    #SuperStarzFamily
    #ayu0162256183


  2. Vitamin B Complex yang best

    Tuesday, 15 August 2017

    Assalamualaikum...hai...lama dah tak mengupdate blog ni kan. Minta maaf...tak terkejarkan masanya. Hari ni saya bak share rahsia vitamin B complex Shaklee. Eh..kalau rahsia, buat apa nak share? Hihi..sharing is caring. Sebab i care about you..then i share la 😉

    Sebenarnya kan..tubuh badan manusia tak dapat hasilkan sendiri vitamin B. Sel badan akan perolehi vitamin B daripada makanan. Masalahnya sekarang ni, vit B sangat sensitif dengan haba, tekanan & alkohol (skincare, parfume, sanitizer dll). Jadinya...ia senang untuk dimusnahkan.

    Sebab tu la kita perlu ambil suplemen tambahan yang ada vit B yang lengkap. Mana pulak nak cari ni? Ha..x susah mana pon. Vit B complex SHAKLEE ada mengandungi 8 kumpulan lengkap vit B

    😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

    Rahsia 8 kumpulan vit B SHAKLEE :

    💊 Kumpulan B1 (Tiamin)
    - Berfungsi untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga.
    - Sangat penting dalam menentukan badan dan otak dalam keadaan yang baik. Sangat sesuai diberikan kepada anak-anak yang sedang belajar.
    - Boleh diperolehi daripada wholegrain (oat), kekacang.
    - Untuk energy booster, kene ambil extra B complex
    - Orang yang dah makan banyak, tapi badan masih lagi lemah tak bertenaga, maksudnya badan dia kekurangan B1.

    💊 Kumpulan B2 (Riboflavin)
    - Untuk menukarkan makanan (lemak, protein dan karbohidrat) kepada tenaga.
    - Sensitif kepada cahaya matahari dan susu.
    - Untuk pembinaan rambut dan kulit yang cantik & good vision.
    - Jika cukup B2, warna urin akan jadi kuning neon. Maksudnya badan serap B2 dengan baik.
    - jika kurang B2, mata akan jadi gatal, ekzema, ulser di mulut dan keguguran rambut.

    💊 Kumpulan B3 (Niacin)
    - Penting untuk kesihatan sistem saraf dan hormon.
    - Kekurangan B3 akan menyebabkan senang lupa, anxiety, ekzema dan sakit kepala.

    💊 Kumpulan B5 (Pantotenic acid)
    - Bersifat asid.
    - Berfungsi untuk tingkatkan immune system dan pertumbuhan rambut yang sihat.
    - Kekurangan B5 akan menyebabkan poor concentration, migrain dan selalu rasa kebas dan cramp

    💊 Kumpulan B6 ( Piridoksin)
    - Fokus kepada kesihatan wanita dan kesihatan sistem seksual.

    💊 Kumpulan B12 (Kobalamin)
    - Untuk sistem saraf.
    - Secara khusus untuk mengawal selera makan.

    💊 Kumpulan B7 ( Biotin)
    - Sangat penting untuk nak turunkan berat badan.
    - Kekurangan Biotin akan menyebabkan dermatitis, baby yang baru lahir kulitnya macam berkerak, ekzema, cepat beruban, keputihan.

    💊 Kumpulan B9 (Folic asid)
    - Bekerjasama dengan B12 untuk pertumbuhan rambut, kulit dan sel darah yang sihat.
    - Kekurangan B9 akan menyebabkan pertumbuhan saraf terganggu.

    😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

    Vitamin B complex Shaklee mengandungi kesemua kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh badan. Paling penting, ianya mengandungi content BIOTIN & FOLIC ACID 100% mengikut yang diperlukan oleh badan seperti disenaraikan pada USRDA. Yang penting, x payah dah nak cari satu-satu kumpulan tu asing-asing. Sebab semuanya dah ada dalam Vitamin B Complex Shaklee ni.

    Jom tengok fb untuk dapatkan info lain berkenaan vit b complex ni..

    Anda nak dapatkan vitamin lain? Supplement lain? Bolehla contact saya untuk dapatkan produk & konsultasi. Terbaik daripada saya..sebab kumpulan saya..kumpulan kami ada access dengan pakar nutritionist lebih 20 tahun.

    Ayu 0162256183

    Ayu 0162256183

    Ayu 0162256183

    #BuildByMe
    #SuperStarzFamily


  3. DTX Complex

    Monday, 17 July 2017


    DTX ni apa pulak yer? Mmmm...meh sini akak nak share apa DTX ni sebenarnya.

    1. DTX adalah produk yang berasaskan herba (selain daripada alfalfa, peppermint ginger, herb lax dan garlic). Jadinya ianya terbukti semulajadi kerana hanya menggunakan tumbuhan herba.
    2. Vitamin yang mengandungi campuran herba berpotensi dan telah terbukti secara klinikal untuk kesihatan hati dan detoks (proses buang racun).
    3. Kenapa ada vitamin untuk detox?? Γ  Alhamdulillah..hati manusia sebenarnya boleh regenerate sendiri. Maksudnya di sini, hati boleh baik pulih sendiri. Tetapi hari ini, hati sudah terbeban untuk menjalankan proses detoks kerana terlalu banyak. Hati telah terjejas dan rosak disebabkan oleh racun yang banyak. 

    Contohnya : kenapa ada orang makan vitamin E & vitamin C untuk kecantikan kulit..tapi masih lagi tak nampak cantiknya kulit dia? Kenapa ada orang ambil collagen, cantiklah sekejap kulit tu..bila berhenti amik collagen, terok semula kulitnya. Semua tu terjadi sebab tak melalui proses detox. Tak ambil DTX Complex.


    Bahan utama DTX complex :
    • (80% daripada kandungan DTX)
    • πŸ‘MILK THISTLE

              - Bantu kesihatan hati
              - Sangat kaya dengan silymarin (berfungsi untuk pulih dan jaga hati, juga untuk memulihkan 
                kanser)
              - Boleh rawat hepatitis

    • (20% lagi adalah gabungan kandungan)
    • πŸ‘ARTICHOKE

              - Cepatkan penghasilan sel hati
              - Melancarkan perjalanan cecair hempedu (bile pigment)

    • πŸ‘TURMERIC (KUNYIT)

               - Mengandungi Curcumin (anti inflammation – anti bengkak, anti virus dan anti bakteria)

    • πŸ‘CENDAWAN REISHI (yang tua) – LING ZHI

              - Untuk imuniti (attack sel kanser)
              - Untuk kesihatan jantung dan peparu

    • πŸ‘DANDELION

              - Melawan hepatitis dan tumor
              - Sebagai pelawas
              - Bantu serap iron (zat besi) dengan baik
              - Bantu hati untuk menurunkan kadar gula dalam darah.

    • πŸ‘SCHIZANDRA

              - Ada anti oksidan untuk proses detoks
              - Bantu hati untuk buat sel baru
              - Mengelakkan toksin daripada melekat di membrane sel.



    Bagaimana DTX Complex berfungsi?

    Gabungan unik bahan-bahan herba dalam DTX Complex menyokong kesihatan dan fungsi hati dalam 2 cara:
    1. Ekstrak biji milk thistle, pilihan Schizandra dan cendawan Reishi mempunyai antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sistesis protein untuk membaiki sel hati dan pertumbuhan semula.
    2. Dandelion, Turmeric dan ekstrak Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong hempedu yang diperlukan untuk memproses sebatian toksik daripada badan.

    Jom dapatkan DTX hari ni juga. Kita tanak hati kita terbeban untuk nak buang segala toksin yang dah terserap lama dalam badan ni.




    WHY ME???
    Akak adalah seorang pengedar Shaklee yang lebih mementingkan kesihatan anda semua. Hubungi akak agar akak boleh bantu anda dan keluarga untuk hidup lebih sihat. Akak juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda.



    PENGHANTARAN
    Penghantaran melalui pos adalah ke seluruh Malaysia. COD juga disediakan di kawasan sekitar Sungai Buloh dan Shah Alam.



    PEMBAYARAN
    Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB, Maybank, Bank Islam. Boleh call / mesej / whatsapp / PM / DM akak untuk order. Ikutlah celah mana pon janji order dapat dibuat...barang boleh sampai kan?

    Ayu Salim (ID : 1251242)
    SMS / Whatsapp : 016-2256183
    FB page : facebook.com/ShakleeAyu
    Instagram : @jasliayu


    www.wasap.my/60162256183

    www.wasap.my/60162256183

    www.wasap.my/60162256183

  4. Kencing Manis???!!

    Monday, 29 May 2017


    Kalau sebelum ni akak share pasal Breast Cancer, hari ni akak nak share pasal kencing manis pulak. Kencing manis ni macam dah biasa sangat dah kita dengar kan? Ada je di kalangan orang-orang yang kita kenal ada penyakit ni. Ibu dan mak mertua akak salah dua orang yang akak kenal yang ada kencing manis.
    Sebelum akak cerita panjang lebar pasal kencing manis ni, jom kita berkenalan dengan “si kencing manis ni dulu. Orang kata tak kenal maka tak cinta…tapi kalo ngan si kencing manis ni…akak memang nak kenal…tapi akak tanak bercinta. Nauzubillahiminzalik…mintak dijauhkan…

    Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.





    Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

    JENIS-JENIS KENCING MANIS

    Secara umumnya, penyakit kencing manis boleh dibahagikan kepada :
    1. Kencing manis jenis 1 (Diabetes Type 1) – Insulin Dependent Diabetes Mellitus (bergantung kepada insulin) yang biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Badan pesakit kencing manis jenis 1 biasanya tidak dapat menghasilkan sendiri insulin hingga menyebabkan pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
    2. Kencing manis jenis 2 (Diabetes Type 2) – Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung pada insulin). Kencing manis jenis ini yang paling biasa ditemui. Dikatakan lebih 90% daripada penghidapnya adalah daipada jenis 2. Kencing manis Jenis 2 ini biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kebiasaannya sel – sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan oleh badan tidak mencukupi
    3. Kencing manis Gestasi ialah kencing manis yang dialami oleh wanita diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.


    Ada orang yang beranggapan dengan mengatakan bahawa kencing manis jenis 2 adalah kurang serius berbanding jenis 1, mungkin kerana pesakit jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya, kedua-dua jenis ini adalah serius jika tidak diurus dengan baik.


    Kencing manis dicirikan oleh gula darah tinggi berulang atau berterusan, dan didiagnosis dengan menunjukkan mana-mana satu daripada yang berikut:
    • Tahap plasma glukosa puasa ≥ 7.0 mmol/l (126 mg/dl)
    • Glukosa plasma ≥ 11.1 mmol/l (200 mg/dl) dua jam selepas 75 g beban glukosa lisan dalam ujian toleransi glukosa
    • Gejala gula darah tinggi dan glukosa plasma kasual ≥ 11.1 mmol/l (200 mg/dl)
    • Hemoglobin berglukosa (HbA1C) ≥ 48 mmol/mol (≥ 6.5 DCCT %)

      
    Tadi akak ada sebut pasal insulin kan? Apa sebenarnya insulin? Insulin merupakan sejenis hormon jenis polipeptida yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Sel yang menghasilkan hormon insulin dalam kelenjar pankreas dikenali sebagai sel beta, iaitu sejenis sel yang terdapat dalam kelompokan sel yang digelar pepulau (islet of) Langerhans dalam pankreas.

    Fungsi utama insulin ialah pengawalan keseimbangan tahap glukosa dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan. Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin, atau jumlah insulin yang tidak mencukupi akan menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam dan digunakan oleh sel-sel badan .Dengan demikian glukos meningkat di dalam darah menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis.

    GOLONGAN BERISIKO TINGGI
    Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan berisiko lebih tinggi adalah :-
    • Mereka yang mempunyai keturunan yang menghidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
    • Mereka yang berat badan agak tinggi
    • Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
    • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.


    10 TANDA – TANDA UMUM PENYAKIT KENCING MANIS




    1. Paras gula darah tinggi

    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah adalah dengan dibuat ujian oleh doctor anda. Selepas ada makan sesuatu, tahap gula dalam darah ajan meningkat secara semulajadi sebenarnya. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

    2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

    Kerap ke bilik air pada waktu malam dan diikuti dengan rasa dahaga yang berlebihan boleh menjadi tanda-tanda seseorang itu menghidap kencing manis. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan. Ini akan memaksa anda untuk membuang air kecil, kadang – kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ini akanmembuat anda merasa lebih dahaga.
    Ini adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang  berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang,

    3. Hilang berat badan secara tiba-tiba

    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, sekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira.. (sape tak gembira kan kalo dah kurus sikit????) tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat tau!
    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekalkan glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.


    4. Sentiasa rasa lapar
    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan sepert biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan tubuh sebagai rasa lapar

    5. Luka lambat sembuh
    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan untuk sampai ke anggota-anggota badan.

    6. Keletihan dan cepat marah
    Usaha tambahan badan untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuatkan anda letih. Kerap bangun tidur untuk pergi ke bilik air akan membuatkan anda letih kerana ia mengganggu masa tidur anda. Sememangnya letih sepanjang masa akan membuat sesiapa pon cepat marah kan?

    7. Terdedah kepada jangkitan kulat
    Wanita khususnya perlu lebih berhati-hati terhadap jangkitan yis (candida) pada faraj. Kencing manis melemahkan system imunisasi, ini bermakna anda mudah untuk mendapat pelbagai jangkitan.

    8. Penglihatan kabur
    Apabila glukosa dalam darah tinggi, ia akan mengubah bentuk kanta dan mata. Ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Walaubagaimanapun, ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal ataupun hamper normal. Gula dalam darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang akan menyebabkan kerosakan kekal dan mungkin juga buta.

    9. Kebas pada tangan dan kaki
    Kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki, ini adalah tanda-tada bahawa saraf telah dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula dalam darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

    10. Kulit merengsa
    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher ataupun bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

    Kenapa golongan pesakit kencing manis disarankan mengambil vivix shaklee?




    Dengan pengambilan Vivix, insulin yang normal akan dibantu untuk dibawa masuk ke dalam otot yang sekaligus mengurangkan gula dalam darah.

    Penyerapan glukosa pun meningkat dengan cara berbeza dari insulin,jadinya vivix dapat membantu mengurangkan gula dalam darah kita.

    Pengambilan glukosa oleh hati turut meningkat, diikuti tisu lemak dan otot-otot yang akhirnya mengurangkan lagi kandungan gula dalam darah.

    Secara tidak langsung akan mengurangkan halangan terhadap insulin.


    VIVIX adalah tonik ajaib Shaklee

    Kenapa ada statement macam ni ye? Dalam Vivix ada ramuan yang dipanggil resveratrol. Resveratrol adalah polifenol yang didapati terutamanya dalam kulit anggur merah (muscadine) dengan ciri antioksidan yang diketahui dan sifat-sifat antikeradangan. Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel. Wow!! Macam best je kan?

    Vivix ni yang bagusnya ialah dia boleh betulkan semula pancreas, iaitu organ yang terpenting untuk menghasilkan insulin semulajadi dalam badan kita. So bila pancreas dah dibetulkan, dah jadi baru semula..tak ke kita boleh kata kencing manis di boleh di REVERSE kan oleh vivix?? Sebab orang yang ambil vivix, boleh reverse balik kencing manis dia , sebab pancreas dia dah sembuh. Alhamdulillah…

    Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?

    Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:

    Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”) 

    Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

    Mengawal kepekatan gula dalam darah

    Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.


    Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

    Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.


    Mencegah pembentukan protein AGE

    Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

    πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«
    Testimoni berjaya... πŸ‘€









    DISCLAIMER: Vivix bukanlah ubat yang boleh merawat dan menyembuhkan penyakit. Vivix adalah makanan tambahan untuk membantu kesihatan anda. Segala kekuasaan yang menyembuhkan adalah dengan Izin Allah. Keputusan testimoni juga adalah berbeza-beza mengikut setiap individu.

    πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“
    πŸ‘πŸ‘PROMOSI...PROMOSI!!! πŸ‘πŸ‘

    1 botol Vivix = RM 503.00

    Tapi kalau beli 2 botol vivix, dapat diskaun 20%...bersamaan hampir RM200 jugak diskaunnya tu. Lagi jimat tau..berbaloi - baloi!! Dah la dapat murah, dapat free membership lagi. Isk...gila berbaloi lah! 



    Apa kelebihan jadi ahli nih?? Jom lah jadi ahli..


    πŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺ

    WHY ME???
    Akak adalah seorang pengedar Shaklee yang lebih mementingkan kesihatan anda semua. Hubungi akak agar akak boleh bantu anda dan keluarga untuk hidup lebih sihat. Akak juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda.



    PENGHANTARAN
    Penghantaran melalui pos adalah ke seluruh Malaysia. COD juga disediakan di kawasan sekitar Sungai Buloh dan Shah Alam.



    PEMBAYARAN
    Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB, Maybank, Bank Islam. Boleh call / mesej / whatsapp / PM / DM akak untuk order. Ikutlah celah mana pon janji order dapat dibuat...barang boleh sampai kan?

    Ayu Salim (ID : 1251242)
    SMS / Whatsapp : 016-2256183
    FB page : facebook.com/ShakleeAyu
    Instagram : @jasliayu


    Rujukan :



  5. Infused Water?

    Thursday, 20 April 2017


    Dua tiga menjak ni akak akan bawak sebijik lemon ke ofis ataupun tros buat kat umah dah siap-siap. Konon-konon nak buat air detox la. Nak kempiskan perut kaedahnya! Huhuhu…bila org tanya sampai naik segan akak nak jawap kan. Perot dah ala-ala macam orang pregnant 3 bulan. Padahal hanya mengandungi lemak-lemak je kan L. Semalam ada sorang kawan tu tegor akak dalam lif. Tanya mana air lemon akak. Dia kata nampak macam sedap je bila akak bawak botol air detox tu kelmarin.


    Kenapa guna lemon? Meh sini akak nak story mory sket pasal lemon dan air detox ni ha. Lemon ni sebenarnya dah lama dipercayai sebagai buah yang kaya dengan manfaat dalam dunia kesihatan ataupun kecantikan. Salah satu manfaat lemon yang orang dok sibukkan adalah lemon ni berupaya untuk nak mendetox kan badan ataupun dalam ayat yang mudahnya adalah membersihkan badan daripada racun dan toksin. So tak hairan la kalau lemon ni banyak digunakan oleh masyarakat sebagai Infused water. Infused water ni apa pulak? Sama je la sebenarnya macam air detox tu. Air kosong yang dicampurkan dengan buah-buahan, halia, daun pudina, serai dan lain-lain.


    Sebab akak suka masam-masam, akak guna la lemon. Bila akak google pasal detox ngan lemon nih, barulah akak tau yang rupanya detox lemon ni disebut sebagai master cleanse diet yang mana paling efektif untuk membersihkan toksin daripada badan. Nak buat pon senang. Kita hanya perlu mengamalkan air perahan lemon ni selama 10 hari. Lepas habis diet detox lemon ni, kita akan rasa badan lebih segar dan ringan tau. Artis Hollywood yang seksi meksi cam Beyonce Knowles pon buat air detox lemon ni tau! Yang paling penting skali…detox lemon ni membantu membakar lemak pada badan dan melicinkan kulit.

    Menurut infomasi yang diperolehi daripada laman BoldSky.com, air detox lemon ni elok diminum di pagi hari. Ini bertujuan untuk membantu mendetoks badan dan seterusnya menurunkan berat badan. Jus lemon digunakan sebagai bahan semulajadi dan boleh dicampurkan dengan buah-buahan yang lain. So sekarang akak nak share manfaat yang boleh kita dapat kalau menjalani diet detox lemon:

    πŸ’–πŸ’•πŸ’•πŸ’– Detox
    ·     Lemon popular untuk detox semulajadi untuk menyingkirkan racun-racun dalam badan. Caranya dengan merendamkan lemon dalam air suam atau air sejuk tanpa dicampurkan dengan gula.

    πŸ’–πŸ’—πŸ’–Menurunkan berat badan

    ·         Minum air lemon dapat menurunkan berat badan dengan cara membakar lemak-lemak dalam badan. Caranya dengan memerah jus lemon dan tambahkan pada segelas air suam atau air sejuk.Haa..yang ni pon jangan tambah gula tau! Oleh sebab kita nak menurunkan berat badan, penggunaan gula adalah dilarang. Hehehe…gula ni karbohidrat. Lebih karbohidrat kan tak elok

    πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’–Mengatasi masalah pernafasan
    ·         Minum lemon di pagi hari membantau mengatasi masalah pernafasan. Terutama untuk orang-orang yang ada asma dan elergi. Air lemon ni akan membantu mengeluarkan kahak.

    πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’–Mengempiskan perut
    πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’–Meningkatkan imunisasi badan serta membuang toksin dalam badan
    πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’– Mencuci sistem dalaman tubuh badan
      πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’– Mencantikkan kulit keranan kandungan Vitamin C yang tinggi.


    Step by step nak buat air detox ni:





     Dalam pic ni dia gunakan nenas. Sape yang nak cuba nanti boleh lah gantikan dengan lemon atau buah-buahan yang lain. Paling best masukkan buah-buahan yang berwarna-warni. Lagi tambah semangat nak minum air ni nanti tau!!! Boleh tambahkan jugak dengan chia seeds untuk menjadikan korang lebih kenyang.