Rss Feed

Me and Shaklee

Me and Shaklee
Love me...Love Shaklee
  1. Sedia diambil bila-bila masa

    Thursday, 13 July 2017


     Hai..halu..Assalamualaikum..

    Tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Rayakan sebulan!? hehe..jangan marah yer. Kalau agak-agak nak marah, meh datang rumah akak, akak jamu dengan kuih samperit yang sejak 3, 4 tahun kebelakangan ni menjadi pojaan hatiku... 😆

    Hari ni akak nak share apa yang akak ambil untuk lunch tadi. 

    Dalam botol shaker ni ada 1 scoop CINCH SHAKE CHOCOLATE + 1/2 scoop ESP

    Campurkan pulak susu chocolate 1 kotak kecik tu...akak campurkan air sejuk lagi dalam 150ml, sebab tanak manis sangat jadinya bancuhan nanti.

    Yang beriya sangat ambil shake-shake ni..nape? Dah tak suka nak makan nasi ke? Eh...akak ni suka sangat makan nasi tau! Kalau tak dapat nasi tu..rasa cam tak lengkap je hidup ni...hihi...ececewah...


    Akak ni nak kuruskan badan..so..kenelah berkorban sikit kan. Kene la tolak sket nasi tu..petang nanti amikla nasi sikit untuk dinner. 


    Tapi kenapa kan akak amik 1 scoop CINCH SHAKE CHOC + 1/2 scoop ESP ye? Apa signifikan nya ye? Cewah..guna perkataan yang macam best je kan? hihihi...sebenarnya kan, dalam akak nak kuruskan badan ni, akak nak dapatkan jugak kulit yang gebu gebas flawless gitu. Sebab tu la akak camporkan ESP ke dalam CINCH SHAKE ni sekali..


    Ada yang amik ESP pun boleh kurus. Cinch Shake pula memang ada dalam set kurus lengkap Shaklee, so memnag produk untuk bantu turunkan berat badan. Jadi, sebenarnya yang mana satu lebih sesuai nak ambil untuk nak kurus, CINCH ke ESP?  Kalau ambil kedua-duanya macam mana pulak, boleh dapat double effect ke?


    Akak akan bantu anda semua untuk buat keputusan yang BETUL jika anda benar-benar serius nak kurus dan turunkan berat badan. 




    Jom kita tengok apa fungsi CINCH SHAKE vs ESP dalam menurunkan berat badan.


    ESP (Energizing Soy Protein)


    ESP adalah sumber protein soya non - GMO yang mengandungi 9 asid amino penting (histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, thereonine, tryptophan and valine) yang diperlukan oleh badan. Badan kita tak hasilkan asid amino ye. Jadi kita kene ambil daripada sumber luaran. 


    Kenapa asid amino ni penting? Dan kenapa kene cukup 9? Untuk info semua, asid amino adalah unit asas bagi protein. Semua asid amino ni ada tugasnya masing-masing. Pembentukan sel, hemoglobin, perlindungan otot, pemulihan tisu, pembentukan kolagen dan elastin kulit, peningkatan daya tumpuan adalah antara fungsi asid amino. 


    Untuk kurus dan turunkan berat badan, protein memainkan peranan yang cukup penting kerana proses pembakaran lemak memerlukan protein dan karbohidrat. Kalau tak cukup protein, bukan lemak yang dibakar, tetapi anda bakal kehilangan jisim otot yang lebih penting untuk nak dapatkan shape badan yang cantik. Mana nak cun kalau kurus sebab tak makan nasi tapi otot-otot menggeleberkan????


    Kenapa ada pengguna ambil ESP boleh dapatkan kesan kurus?
    Jawapannya adalah...Selain daripada tindakan protein untuk pembakaran lemak tadi, istimewanya ESP ini ialah kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 sahaja. Bila GI rendah, kita akan rasa kenyang dalam tempoh yang lama kerana pembebasan gula dalam tempoh yang perlahan. Jadi dengan ambil breakfast dengan ESP memang berupaya untuk membuatkan kita rasa lebih kenyang tanpa perlu ke cafe dan makan mee goreng ataupun nasi lemak. Tapi perlu diingat di sini bahawa ESP bukan meal replacement sebab ESP tidak mempunyai kandungan vitamin yang cukup (hanya mengandungi sebahagian vitamin B, kalsium dan beberapa mineral lain.


    Cinch Shake

    Cinch Shake adalah 'meal replacement' dan memang merupakan sebahagian daripada program diet sihat shaklee. Maknanya apabila tiba waktu makan, boleh digantikan dengan Cinch Shake...instead of makan nasi. Kenapa? Setiap hidangan Cinch Shake menyumbang sebanyak 270 kalori, 35 gram karbohidrat, 24 gram protein, 3 gram lemak dan 6 gram serat makanan larut. Naaahhh...lengkap dah macam 1 hidangan nasi dan lauk.


    Cinch diperkayakan dengan LEUCINE. Apa pulak Leucine ni?? Fungsi utama Leucine adalah untuk mengekalkan otot semasa berdiet. Bila otot kekal, metabolisme kita akan menjadi tinggi. Jadi kita boleh maintain berat badan sebab otot sentiasa bekerja untuk bakar lemak. Kalau otot hilang, badan nak bakar lemak dengan apa? Itu yang terjadinya kesan yoyo. Turun berat badan tapi lepas tu cepat je nak naik balik. Lepas tu kita usahalah semula nak kuruskan badan, penat tak agak-agak? Stress plak skali nanti. Rugi...rugi...


    Jadi, memang boleh kurus la bila ambil CINCH?

    Ya..memang boleh kurus, tapi dengan syarat! Apa syaratnya? Kene KONSISTEN, DISIPLIN dan BUAT PERGERAKAN OTOT. Leucine dalam Cinch lebih berkesan bila bertindak dalam keadaan otot sedang bekerja, jadi proses pembuangan lemak akan jadi lebih efisyen. Janganlah minum Cinch Shake lepas tu gi makan nasi sampai 2 pinggan. It's BIG NO NO tau!!! Sebab apa? Ingat semula tadi akak dah bagi tau yang 1 hidangan Cinch Shake ni menyamai 1 hidangan lengkap biasa.


    Perkara paling asas dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3x seminggu. Banyakkan berjalan kaki. Kurus bukan hanya sebab nak cantik tapi apa yang penting adalah untuk sihat. Sebab kegemukan boleh mengundang banyak penyakit bahaya yang boleh membawa maut. Sentiasa ingat untuk gunakan kadar 80 : 20. 80% untuk kawal pemakanan dan 20% lagi untuk bersenam. 


    Diringkaskan beza di antara ESP dan Cinch Shake dalam jadual di bawah. Cinch Shake adalah pilihan yang lebih baik jika betul anda SERIUS untuk nak kuruskan badan. Cuma jika anda ibu yang menyusu badan, adalah disarankan untuk mengambil ESP kerana ibu yang menyusu memerlukan lebih kalori dari mereka yang tidak menyusu dan juga kandungan kalsium yang lebih tinggi dalam ESP berbanding Cinch Shake.


    Ataupun anda boleh ikut macam akak (sebab akak pon masih menyusukan anak yang nombor 2), campurkan 1 scoop ESP dengan 1 scoop Cinch Shake. Tamak kan? hehehe...sebab akak nak dapatkan benefit daripada kedua-dua produk dan dalam masa yang sama akak menyusukan anak, akak buat macam tu. Kiranya sambil menyelam minum air la ni..hehehehehe 😆






    WHY ME???
    Akak adalah seorang pengedar Shaklee yang lebih mementingkan kesihatan anda semua. Hubungi akak agar akak boleh bantu anda dan keluarga untuk hidup lebih sihat. Akak juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda.



    PENGHANTARAN
    Penghantaran melalui pos adalah ke seluruh Malaysia. COD juga disediakan di kawasan sekitar Sungai Buloh dan Shah Alam.



    PEMBAYARAN
    Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB, Maybank, Bank Islam. Boleh call / mesej / whatsapp / PM / DM akak untuk order. Ikutlah celah mana pon janji order dapat dibuat...barang boleh sampai kan?

    Ayu Salim (ID : 1251242)
    SMS / Whatsapp : 016-2256183
    FB page : facebook.com/ShakleeAyu
    Instagram : @jasliayu


    www.wasap.my/60162256183

    www.wasap.my/60162256183

    www.wasap.my/60162256183

  2. 0 comments:

    Post a Comment