Sebelum ni incik hubby selalu mengadu badan rasa tak sedap, angin
dalam badan tak lepas la..and so on yg berkaitan dengan angin-angin ni kan.
Banyak kali jugak akak ajak dia makan supplement dan banyak kali jugakla dia
menolak kan. Bagi macam-macam alasan..tapi yg sebenarnya akak tau, dia takot
ubat sebenarnya kan??? (hihihi…maap incik hubby). Tiga hari lepas, dia mengadu
lg pasal angin tak lepas. Badan tak sedap la. Akak pon apa lg…tros sambar botol
Alfalfa, soh dia makan time-time tu jugak. Sebelum ni asal soh je makan
supplement, dia akan kata akak nak jual produk kat dia. Padahal kita ni nak dia
sihat…huh!
So nak jadikan cerita…dia bersetuju la untuk nak makan
alfalfa ni. Akak cakapla ke dia..alfalfa ni bagus. Akak nak soh dia detox kan
badan dia. Tros dia tanya…detox tu apa? Haaa…kat sini akak nak share sikit
sebanyak apa yg akak tau pasal detox (tau pon hasil daripada pencarian
info-info yg betul dan tepat).
Selalu sangat kan dengar orang sebut DETOX atau
dalam bahasa yang kita selalu sebut adalah NYAHTOKSIN. Apakah maksud sebenar detox?
Secara normal, setiap hari badan kita akan
menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin
dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara
normal
Dari mana datang toksin ni?
Toksin pada badan kita datang sama ada dari
persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan
melalui macam-macam cara seperti :
- UDARA :
udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain
disedut masuk ke dalam badan
- MAKANAN/
MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin
mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
- UBATAN
: Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam
badan.
- RADIASI
: pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
- MAKANAN
TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan
mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
- DEHIDRASI
dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas
enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia
Tanda-tanda anda perlu DETOX
- Masalah
penghadaman
- Sembelit
- Sakit
kepala
- Jerawat
- Penuaan
pra-matang
- Letih
- Berat
badan berlebihan
- Insomnia
Cara & Langkah-langkah DETOX
Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara
semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
- PUASA -
rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
- DETOX
hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara
mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses
dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang
putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi,
milk thistle, dandelion root dan sebagainya
- DETOX
Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti
sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan
berries.
- DETOX melalui
kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman
secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan
mandian wap 2-3 kali seminggu.
- MAKANAN
BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam
mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin
dan menggunakan sistem penapis air yang baik
Kenapa
perlu detox?
Kita
tidak lagi hidup dalam dunia semula jadi. Hari ini kadar toksin masuk ke dalam badan adalah lebih
banyak daripada tahap yang boleh dihapuskan dengan selamat,
menyebabkan keadaan toksik badan yang kronik. Banyak penyakit-penyakit kronik
seperti obesiti, kencing manis dan kemurungan boleh dikaitkan dengan kekurangan
nutrisi dan bahan yang tidak diingini memenuhi badan. Dalam keadaan ini, tubuh
akan kehilangan keupayaan semula jadi untuk
membuang toksin pada
kadar yang sama toksin diperkenalkan kepada badan. Ia adalah pada ketika
ini bahawa kita kehilangan keharmonian semula jadi dan keseimbangan dengan
badan kita.
Inilah sebabnya mengapa badan
kita perlu detox. Tiada gimik, segala bentuk detoksifikasi
badan, semua bertujuan meneutralkan
toksin dan memulihkan keupayaan semula jadi badan anda untuk menghapuskan bahan
buangan dan toksin. Anggap detox sebagai butang reset untuk
badan anda. Dalam dunia hari ini, ia adalah tidak realistik untuk menghapuskan
semua toksin luaran sepenuhnya tetapi dengan memberi badan kita bantuan, kita
boleh memulihkan keupayaan untuk mengendalikan
secara semula jadi fungsi detoksifikasi. Hasil dari detox yang
selamat boleh mempunyai kesan yang baik pada semua sistem badan kita,
kardiovaskular, otot, saraf, pernafasan, pembiakan, imun dan mental, dan
menghapuskan pelbagai penyakit kronik yang melanda masyarakat moden.
Jom Detox dengan SHAKLEE!
Kat sini akak nak cadangkan pengambilan beberapa
rangkaian produk Shaklee untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses
membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk yang ada :
Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba
yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu
proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan
keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat
masalah penghadaman dan banyak lagi.
DTX
Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati
iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion
dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu,
membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox
hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati
Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih
premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu
meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah,
antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh.
Herblax
(Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina
(senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),
kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb
& akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang
tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit
Untuk incik hubby, akak start kan dia dengan ambil alfalfa
dulu. Tapi dia membebel la pulak pasal kepala rasa bengal..pening2. Itu
sebenarnya adalah side effect nya bila kita start proses detox ni. Akak pesan
pada dia untuk banyakkan minum air. Sebab kalau ambil alfalfa, tapi kurang
minum air…nanti jadi sembelit plak (pg tadi dia dah ngadu yg dia sembelit). Pasni
akak nak soh dia makan supplement lain plak utk teruskan niat mendetokskan
badan dia yg dah tentunya ada banyak toksin tu...huhuhuhu
Nanti kita update lagi ye pasal proses Detox incik hubby ni! π
Sape-sape yang tau lagi pasal detox, yang nak dapatkan produk-produk ni, jangan segan-segan PM akak yer..
Ayu 016-2256183 (Whatsapp)
Ayu Salim (facebook)