Rss Feed

Me and Shaklee

Me and Shaklee
Love me...Love Shaklee
  1. Jom detox!

    Friday, 7 April 2017

    Sebelum ni incik hubby selalu mengadu badan rasa tak sedap, angin dalam badan tak lepas la..and so on yg berkaitan dengan angin-angin ni kan. Banyak kali jugak akak ajak dia makan supplement dan banyak kali jugakla dia menolak kan. Bagi macam-macam alasan..tapi yg sebenarnya akak tau, dia takot ubat sebenarnya kan??? (hihihi…maap incik hubby). Tiga hari lepas, dia mengadu lg pasal angin tak lepas. Badan tak sedap la. Akak pon apa lg…tros sambar botol Alfalfa, soh dia makan time-time tu jugak. Sebelum ni asal soh je makan supplement, dia akan kata akak nak jual produk kat dia. Padahal kita ni nak dia sihat…huh!

    So nak jadikan cerita…dia bersetuju la untuk nak makan alfalfa ni. Akak cakapla ke dia..alfalfa ni bagus. Akak nak soh dia detox kan badan dia. Tros dia tanya…detox tu apa? Haaa…kat sini akak nak share sikit sebanyak apa yg akak tau pasal detox (tau pon hasil daripada pencarian info-info yg betul dan tepat).

    Selalu sangat kan dengar orang sebut DETOX atau dalam bahasa yang kita selalu sebut  adalah NYAHTOKSIN. Apakah maksud sebenar detox?

    Secara normal, setiap hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal


    Dari mana datang toksin ni?

    Toksin pada badan kita datang sama ada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :


    • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
    • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
    • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
    • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
    • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
    • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia


    Tanda-tanda anda perlu DETOX
    • Masalah penghadaman
    • Sembelit
    • Sakit kepala
    • Jerawat
    • Penuaan pra-matang
    • Letih
    • Berat badan berlebihan
    • Insomnia


    Cara & Langkah-langkah DETOX 

    Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :

    • PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
    • DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
    • DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
    • DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
    • MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik

    Kenapa perlu detox?
    Kita tidak lagi hidup dalam dunia semula jadi. Hari ini kadar toksin masuk ke dalam badan adalah lebih banyak daripada tahap yang boleh dihapuskan dengan selamat, menyebabkan keadaan toksik badan yang kronik. Banyak penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis dan kemurungan boleh dikaitkan dengan kekurangan nutrisi dan bahan yang tidak diingini memenuhi badan. Dalam keadaan ini, tubuh akan kehilangan keupayaan semula jadi untuk membuang toksin pada kadar yang sama toksin diperkenalkan kepada badan. Ia adalah pada ketika ini bahawa kita kehilangan keharmonian semula jadi dan keseimbangan dengan badan kita.

    Inilah sebabnya mengapa badan kita perlu detox. Tiada gimik, segala bentuk detoksifikasi badan, semua bertujuan meneutralkan toksin dan memulihkan keupayaan semula jadi badan anda untuk menghapuskan bahan buangan dan toksin. Anggap detox sebagai butang reset untuk badan anda. Dalam dunia hari ini, ia adalah tidak realistik untuk menghapuskan semua toksin luaran sepenuhnya tetapi dengan memberi badan kita bantuan, kita boleh memulihkan keupayaan untuk mengendalikan secara semula jadi fungsi detoksifikasi. Hasil dari detox yang selamat boleh mempunyai kesan yang baik pada semua sistem badan kita, kardiovaskular, otot, saraf, pernafasan, pembiakan, imun dan mental, dan menghapuskan pelbagai penyakit kronik yang melanda masyarakat moden.

    Jom Detox dengan SHAKLEE!

    Kat sini akak nak cadangkan pengambilan beberapa rangkaian produk Shaklee untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk yang ada :




    Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.










    DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati 







    Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh.











    Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit









    Untuk incik hubby, akak start kan dia dengan ambil alfalfa dulu. Tapi dia membebel la pulak pasal kepala rasa bengal..pening2. Itu sebenarnya adalah side effect nya bila kita start proses detox ni. Akak pesan pada dia untuk banyakkan minum air. Sebab kalau ambil alfalfa, tapi kurang minum air…nanti jadi sembelit plak (pg tadi dia dah ngadu yg dia sembelit). Pasni akak nak soh dia makan supplement lain plak utk teruskan niat mendetokskan badan dia yg dah tentunya ada banyak toksin tu...huhuhuhu

    Nanti kita update lagi ye pasal proses Detox incik hubby ni! 👀


    Sape-sape yang tau lagi pasal detox, yang nak dapatkan produk-produk ni, jangan segan-segan PM akak yer..

    Ayu 016-2256183 (Whatsapp)
    Ayu Salim (facebook)

  2. 0 comments:

    Post a Comment