Rss Feed

Me and Shaklee

Me and Shaklee
Love me...Love Shaklee
  1. Infused Water?

    Thursday, 20 April 2017


    Dua tiga menjak ni akak akan bawak sebijik lemon ke ofis ataupun tros buat kat umah dah siap-siap. Konon-konon nak buat air detox la. Nak kempiskan perut kaedahnya! Huhuhu…bila org tanya sampai naik segan akak nak jawap kan. Perot dah ala-ala macam orang pregnant 3 bulan. Padahal hanya mengandungi lemak-lemak je kan L. Semalam ada sorang kawan tu tegor akak dalam lif. Tanya mana air lemon akak. Dia kata nampak macam sedap je bila akak bawak botol air detox tu kelmarin.


    Kenapa guna lemon? Meh sini akak nak story mory sket pasal lemon dan air detox ni ha. Lemon ni sebenarnya dah lama dipercayai sebagai buah yang kaya dengan manfaat dalam dunia kesihatan ataupun kecantikan. Salah satu manfaat lemon yang orang dok sibukkan adalah lemon ni berupaya untuk nak mendetox kan badan ataupun dalam ayat yang mudahnya adalah membersihkan badan daripada racun dan toksin. So tak hairan la kalau lemon ni banyak digunakan oleh masyarakat sebagai Infused water. Infused water ni apa pulak? Sama je la sebenarnya macam air detox tu. Air kosong yang dicampurkan dengan buah-buahan, halia, daun pudina, serai dan lain-lain.


    Sebab akak suka masam-masam, akak guna la lemon. Bila akak google pasal detox ngan lemon nih, barulah akak tau yang rupanya detox lemon ni disebut sebagai master cleanse diet yang mana paling efektif untuk membersihkan toksin daripada badan. Nak buat pon senang. Kita hanya perlu mengamalkan air perahan lemon ni selama 10 hari. Lepas habis diet detox lemon ni, kita akan rasa badan lebih segar dan ringan tau. Artis Hollywood yang seksi meksi cam Beyonce Knowles pon buat air detox lemon ni tau! Yang paling penting skali…detox lemon ni membantu membakar lemak pada badan dan melicinkan kulit.

    Menurut infomasi yang diperolehi daripada laman BoldSky.com, air detox lemon ni elok diminum di pagi hari. Ini bertujuan untuk membantu mendetoks badan dan seterusnya menurunkan berat badan. Jus lemon digunakan sebagai bahan semulajadi dan boleh dicampurkan dengan buah-buahan yang lain. So sekarang akak nak share manfaat yang boleh kita dapat kalau menjalani diet detox lemon:

    πŸ’–πŸ’•πŸ’•πŸ’– Detox
    ·     Lemon popular untuk detox semulajadi untuk menyingkirkan racun-racun dalam badan. Caranya dengan merendamkan lemon dalam air suam atau air sejuk tanpa dicampurkan dengan gula.

    πŸ’–πŸ’—πŸ’–Menurunkan berat badan

    ·         Minum air lemon dapat menurunkan berat badan dengan cara membakar lemak-lemak dalam badan. Caranya dengan memerah jus lemon dan tambahkan pada segelas air suam atau air sejuk.Haa..yang ni pon jangan tambah gula tau! Oleh sebab kita nak menurunkan berat badan, penggunaan gula adalah dilarang. Hehehe…gula ni karbohidrat. Lebih karbohidrat kan tak elok

    πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’–Mengatasi masalah pernafasan
    ·         Minum lemon di pagi hari membantau mengatasi masalah pernafasan. Terutama untuk orang-orang yang ada asma dan elergi. Air lemon ni akan membantu mengeluarkan kahak.

    πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’–Mengempiskan perut
    πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’–Meningkatkan imunisasi badan serta membuang toksin dalam badan
    πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’– Mencuci sistem dalaman tubuh badan
      πŸ’–πŸ’•πŸ’–πŸ’– Mencantikkan kulit keranan kandungan Vitamin C yang tinggi.


    Step by step nak buat air detox ni:





     Dalam pic ni dia gunakan nenas. Sape yang nak cuba nanti boleh lah gantikan dengan lemon atau buah-buahan yang lain. Paling best masukkan buah-buahan yang berwarna-warni. Lagi tambah semangat nak minum air ni nanti tau!!! Boleh tambahkan jugak dengan chia seeds untuk menjadikan korang lebih kenyang.



  2. Jom detox!

    Friday, 7 April 2017

    Sebelum ni incik hubby selalu mengadu badan rasa tak sedap, angin dalam badan tak lepas la..and so on yg berkaitan dengan angin-angin ni kan. Banyak kali jugak akak ajak dia makan supplement dan banyak kali jugakla dia menolak kan. Bagi macam-macam alasan..tapi yg sebenarnya akak tau, dia takot ubat sebenarnya kan??? (hihihi…maap incik hubby). Tiga hari lepas, dia mengadu lg pasal angin tak lepas. Badan tak sedap la. Akak pon apa lg…tros sambar botol Alfalfa, soh dia makan time-time tu jugak. Sebelum ni asal soh je makan supplement, dia akan kata akak nak jual produk kat dia. Padahal kita ni nak dia sihat…huh!

    So nak jadikan cerita…dia bersetuju la untuk nak makan alfalfa ni. Akak cakapla ke dia..alfalfa ni bagus. Akak nak soh dia detox kan badan dia. Tros dia tanya…detox tu apa? Haaa…kat sini akak nak share sikit sebanyak apa yg akak tau pasal detox (tau pon hasil daripada pencarian info-info yg betul dan tepat).

    Selalu sangat kan dengar orang sebut DETOX atau dalam bahasa yang kita selalu sebut  adalah NYAHTOKSIN. Apakah maksud sebenar detox?

    Secara normal, setiap hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal


    Dari mana datang toksin ni?

    Toksin pada badan kita datang sama ada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :


    • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
    • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
    • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
    • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
    • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
    • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia


    Tanda-tanda anda perlu DETOX
    • Masalah penghadaman
    • Sembelit
    • Sakit kepala
    • Jerawat
    • Penuaan pra-matang
    • Letih
    • Berat badan berlebihan
    • Insomnia


    Cara & Langkah-langkah DETOX 

    Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :

    • PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
    • DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
    • DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
    • DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
    • MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik

    Kenapa perlu detox?
    Kita tidak lagi hidup dalam dunia semula jadi. Hari ini kadar toksin masuk ke dalam badan adalah lebih banyak daripada tahap yang boleh dihapuskan dengan selamat, menyebabkan keadaan toksik badan yang kronik. Banyak penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis dan kemurungan boleh dikaitkan dengan kekurangan nutrisi dan bahan yang tidak diingini memenuhi badan. Dalam keadaan ini, tubuh akan kehilangan keupayaan semula jadi untuk membuang toksin pada kadar yang sama toksin diperkenalkan kepada badan. Ia adalah pada ketika ini bahawa kita kehilangan keharmonian semula jadi dan keseimbangan dengan badan kita.

    Inilah sebabnya mengapa badan kita perlu detox. Tiada gimik, segala bentuk detoksifikasi badan, semua bertujuan meneutralkan toksin dan memulihkan keupayaan semula jadi badan anda untuk menghapuskan bahan buangan dan toksin. Anggap detox sebagai butang reset untuk badan anda. Dalam dunia hari ini, ia adalah tidak realistik untuk menghapuskan semua toksin luaran sepenuhnya tetapi dengan memberi badan kita bantuan, kita boleh memulihkan keupayaan untuk mengendalikan secara semula jadi fungsi detoksifikasi. Hasil dari detox yang selamat boleh mempunyai kesan yang baik pada semua sistem badan kita, kardiovaskular, otot, saraf, pernafasan, pembiakan, imun dan mental, dan menghapuskan pelbagai penyakit kronik yang melanda masyarakat moden.

    Jom Detox dengan SHAKLEE!

    Kat sini akak nak cadangkan pengambilan beberapa rangkaian produk Shaklee untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk yang ada :




    Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.










    DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati 







    Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh.











    Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit









    Untuk incik hubby, akak start kan dia dengan ambil alfalfa dulu. Tapi dia membebel la pulak pasal kepala rasa bengal..pening2. Itu sebenarnya adalah side effect nya bila kita start proses detox ni. Akak pesan pada dia untuk banyakkan minum air. Sebab kalau ambil alfalfa, tapi kurang minum air…nanti jadi sembelit plak (pg tadi dia dah ngadu yg dia sembelit). Pasni akak nak soh dia makan supplement lain plak utk teruskan niat mendetokskan badan dia yg dah tentunya ada banyak toksin tu...huhuhuhu

    Nanti kita update lagi ye pasal proses Detox incik hubby ni! πŸ‘€


    Sape-sape yang tau lagi pasal detox, yang nak dapatkan produk-produk ni, jangan segan-segan PM akak yer..

    Ayu 016-2256183 (Whatsapp)
    Ayu Salim (facebook)

  3. Vita-lea oh.....Vita-lea

    Thursday, 2 March 2017

    Anak akak yang kedua baru 10 bulan sekarang ni. Kalau nak banding kakak ngan adik (masa umur lebih kurang macam ni jgk), adik kerap bangun malam banding ngan kakak. Maybe masa kakak umur macam adik ni, dia tau mama dia ada adik dah dalam perot. Tu yang kakak behaved sikit πŸ‘……Adik ni bole kata setiap jam akan bangun untuk menyusu. Mama baru nak terlelap, adik dah merengek smula. Memang mama tak cukup tido la kan adik syg wei….


    Bila malam tak cukup tido, mulalah siang tu akak pening-pening lalat kan. Pastu badan jadi lemah longlai, tak larat, ngantok ya amat! Nak-nak lagi kalo lepas lunch kan…mata ni rasa nak pejam je. Kalo kat umah bole la pejam mata barang sejam dua. Ni kat ofis…nak pejam mata cam ne tu????
    πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ


    Then akak carikla info untuk jadi lebih pandai..hihihi…cari macam mana nak bagi badan kekal bertenaga, takder la badan lemah-lemah, tanak la asyik ngantok je bila tak cukup tido. Kang bos cakap apa pulak bila tgk muka yg suram.asyik tak larat je kan. Pastu akak tros consume benda alah ni..Of coz la akak consume Shaklee kan. Untuk nak overcome masalah akak…nak bagi akak ada energy di siang hari walaupon akak tak cukup tido, akak amik VITA-LEA dan Cinch Tea Mix. Info pasal Cinch Tea Mix akak share nanti-nanti yer…


    Now akak nak cite pasal Vita-lea. Setiap tablet vita-lea ni mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung dalam Vita-lea mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.


    Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Akak baru consume Vita-lea ni dalam 2 bulan. Alhamdulillah..(dengan izin Allah jgk) akak sihat, tak demam walaupun kene hujan. Takde terjangkit selsema daripada anak-anak. Kalau sebelum ni, pantang anak-anak dapat selsema…dua tiga hari pastu sure akak akan terjangkit sama kan.


    Apa yang ada dalam vita-lea ye? Apa yang hebat sangat Vita-lea nih?

    Multivitamin dan multimineral Vita-Lea mengandungi :

    πŸ‘―Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak

    πŸ‘―Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat

    πŸ‘―Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi

    πŸ‘―Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi

    πŸ‘―Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot

    πŸ‘―Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang

    πŸ‘―Magnesium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung




    Haaaa….tu antara mineral dan vitamin yang terkandung dalam Vita-lea Shaklee. Banyak kan???





    Pastu…bila dah guna Vita-lea ni, apa pulak manfaatnya?

    Manfaat Utama Vita-Lea Shaklee:

    πŸ’–Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

    πŸ’–Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.


    πŸ’–Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.



    πŸ’–Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan (lepas ni korang nampak akak awet muda je tau!πŸ˜‰)


    πŸ’–Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid (yg ni memang akak nmpk sangat manfaatnya. Rambut akak dah tak banyak yg gugur, kuku pon cantik. Sebelum ni every time sikat rambut, sure banyak gila rambut yg gugur dan putus. Kuku plak asyik kusam je, pastu asyik rosak)


    πŸ’–Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

    Haaa…macam best je kan Vita-lea ni? Kalau korang semua nak try and rasakan sendiri perbezaan pada badan tu, boleh la dapatkan Vita-lea daripada akak.

    Berminat? Hubungi akak SEGERA!
    msg/whatsapp: 0162256183
      email: ayusalim183@gmail.com
    FB : Ayu Salim






  4. Menghilang dari FB???

    Wednesday, 1 March 2017

    Halu-halu....

    Suatu masa dulu, akak rajin buat blog. Ada je menda yang akak nak share kan? Masa tu terlebih-lebih masa 24 jam tu. Bila malam, takde apa nak buat. Yelah..dok sorang-sorang kan. Tak kawen lagi..takder anak lg dah tentunya masa tu. Anak tekak ada lah kan. So masa tu memang asyik nak berFB..nak berBLOG je. Sebab tak tau nak borak ngan sape kan...so borak la sorg-sorg kat blog ngan FB. Lg pon masa tu akak still mengajar..so banyak benda pasal life, pasal students, pasal keje yang nak di share dengan org. Orang je yang tentu lg nak baca ke tak apa yg akak share kan? Hihihihih πŸ‘… Sekarang ni? 24 jam tu macam tak cukup wooooo


    Bila akak decide nak berSHAKLEE, akak kene la ada 1 medium untuk nak blast the info to the others kan? So carilah semula FB..tp x leh guna dah account lama sebab memang tak ingat langsung dah password yg guna dulu. Kene buat baru...kene cari semula kawan-kawan lama. Selain daripada tu, boleh la jumpa semula kawan-kawan yg memang lama gila akak tak contact kot. Dah ada FB, buat BLOG plak. Rasa jakun sangat sebab lama sangat dah tak bergiat dalam blog memblog nih. Macam newcomer btol la. Sebab rasa cam tak tau apa-apa. Same goes with FB. Akak tak reti!! Nak kene belajar semula. Isk..kene carik cikgu ni! Ada sape-sape tak nak ajar akak?


    Akak saje nak share post daripada kawan-kawan pasal menghilangnya akak kat FB sebelum nih...








    Kawan-kawan, akak dah ada smula tau di FB. Jom kita bersilaturrahim semula yer...

  5. “Sebelum ni saya tak boleh nak bantu isteri buat kerja rumah”

    -Γ  Ini testimony terbaru daripada pelanggan yang dah pernah ambil Ostematrix

    Dulu bila order gas, terpaksa guna troli untuk bawak gi dapor. Kalau cuba angkat dari pintu depan ke dapor, lepas tu pinggang sure sakit gila lah! Pastu kalau drive ..gi shopping ke ..tak leh nak lama-lama. Mesti tangkap kat pinggang sakitnya.

    Jadinya orang ni pon cuba ambil Ostematrix selama 5 hari.

    “OSTEMATRIX NI SANGAT MEMBANTU BAGI ANDA YANG ADA MASALAH SAKIT PINGGANG….YANG MEMBANTUTKAN PERGERAKAN ANDA…DAN TIDAK LAGI DIANGGAP GAGAH OLEH ISTERI”

    ©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©

    Lepas 5 hari dia makan Oste, Pinggang dah tak sakit especially masa tunduk nak solat Subuh. Lepas tu masa anta wife gi ofis dan gi keje plak lepas tu..biasanya dah stat lenguh pinggangnya. Nak-nak lagi kalua jem…lagi haru sakitnya! TAPI HARI TU LAIN SANGAT! Sakit-sakit ataupun lenguh memang tak rasa. Badan pon rasa ringan jer


     → Cerita yang akak kongsikan ini adalah testimony Abang Lazim dari Sentul, KL yang berusia 47 tahun.
    Kalau anda ada masalah yang sama macam Abg Lazim iaitu:
    1.       Sukar nak bantu isteri alihkan / angkat barang
    2.       Sukar waktu nak bersama isteri
    3.       Sukar nak bersenam dan beriadah dengan anak-anak
    4.       Sukar nak drive jauh-jauh…especially nak drive balik kampong ataupun outstation


    Semuanya adalah gara-gara sakit pinggang, maka anda WAJIB untuk dapatkan penyelesaian ini sebelum ia mengganggu – gugat  kehidupan anda.

    Ostematrix ada KKM dan 100% Halal JAKIM.


    Dah sedia nak order? Akak nak bagi special price ni. Sila whatsapp “OSTE” ke 016-2256183 sekarang!




  6. Pengalaman dengan Shaklee Ostematrix

    Friday, 24 February 2017

    Sebelum ni akak selalu sakit-sakit badan..pastu selalu je kebas-kebas kat jari bila pegang kuat satu-satu benda tu, Bila tanya pada doctor, dia sendiri yang suggest pada akak untuk gunakan Ostematrix daripada Shaklee. Dalam hati akak..."eh..doctor ni pon consume dan percaya pada produk Shaklee jugak ke?". Akak pon try la..





    Mmmm...memang terbukti, lepas 2,3 hari guna je, akak dah dapat rasakan perbezaan pada badan. Tak de lagi dah sakit-sakit badan...tak de lagi rasa kebas-kebas kat jari jemari ni. Dalam dok percaya ini adalah disebabkan oleh penggunaan Ostematrix, ada jugak rasa tak percaya tu datang. "Betul ke Ostematrix ni boleh sembuhkan semua tu? Ke kebetulan je elok?". 





    Sebab rasa dah ok, akak pon stop la penggunaan Ostematrix. Akak kan lagi pandai daripada doctor...hehehehe πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… Amikkkkk kau...teros datang smula sakit-sakit badan dan kebas kat jari-jari. Tak pasal-pasal dapat pengajaran baru kan! So start daripada itu, akak teruskan je penggunaan Ostematrix...sebab tanak 2 benda tu berulang semula pada akak..



    Apa yang ada dalam Oste ni? Apa yang membuatkan akak tak sakit-sakit badan dan kebas kat jari-jari lagi? Akak pon google la..cari pada yang pakar untuk nak tanya apa yang ada dalam Oste yang telah merubah hidup akak...ececewah....😎😎😎. Rupa-rupanya..dalam Oste bukan setakat ada KALSIUM (yang kita memang dah tau kebaikannya untuk tulang), tapi ada jugak MAGNESIUM, VITAMIN D, BORON, MANGANESE, KUPRUM & ZINK.

    Jom kita tengok pulak apa kebaikan setiap satu mineral yang ada dalam Oste ni..(selain untuk mengekalkan tulang yang sihat la kan? πŸ˜‰)


    • Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

    • Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

    • Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis



  7. Testimoni untuk Lecithin

    Thursday, 16 February 2017

    Hai-hai!!! Hello-hello semua!!! πŸ‘¦πŸ‘§πŸ‘¨πŸ‘©

    Hari ni akak nak share pulak testimoni kawan-kawan kita yg memang tgh consume Lecithin. Akak sure korang semua akan tertarik da bombbbb dengan testi nih..




    Jangan lupa ye contact akak kalau nak dapatkan kesan yang sama macam kawan-kawan kita nih. 

    Ayu Salim (ID : 1251242)
    SMS / Whatsapp : 016-2256183
    Instagram : @jasliayu